Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd

Resipi

Tom Yum Kung

Bahan-bahanĀ 

  • 10 Ekor Udang
  • 300g Kulit Udang
  • 100g Cendawan
  • 10g Lengkuas dihiris
  • 16g serai ditumbuk ringan
  • 2 akar ketumbar
  • 3 helai daun limau purut
  • 300g stok tomyam
  • 10g cilik kecik ditumbuk
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar Lemon Seasoning Cap Kipas Udang
  • 120g susu pekat tanpa gula
  • 1 sudu besar pes cili
  • Daun ketumbar untuk hiasan

Cara penyediaan

  • Didihkan stok dan masukkan kulit udang, serai dan akar ketumbar yang ditumbuk halus. Teruskan mendidih selama beberapa minit dan kemudian tapis bahan-bahan.
  • Didihkan semula stok dan masukkan serai yang telah dihiris, lengkuas dan cendawan. Apabila mendidih lagi, masukkan udang, sos ikan dan daun limau yang dihiris.
  • campurkan pes cili dan susu pekat tanpa gula dalam mangkuk hidangan. Masukkan Lemon Seasoning Cap Kipas Udang dan cili yang ditumbuk halus.
  • Taburkan dengan daun ketumbar.