Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd

Resipi

Ikan Siakap Goreng Kicap Chinese Style

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap bersaiz sederhana yang mudah digoreng bersama tepung jagung, sedikit garam dan kunyit
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 biji bawang merah kecil – dihiris bulat dan nipis
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar Kicap Cair Cap Kipas Udang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu minyak bijan
  • 4 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • Daun sup, daun bawang & bawang goreng sebagai hiasan.

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak masak dengan api sederhana
  • Tumis bawang putih, bawang merah, bawamg besar sehingga perang kekuningan.
  • Masukkan kicap pekat, sos tiram, Kicap Cair Cap Kipas udang kemudian kacau sehingga kicap dan minyak nampak terasing
  • Masukkan minyak bijan. Kacau sebati
  • Tuang di atas ikan goreng tadi dan tabur dengan daun sup & daun bawang
  • Sedia untuk dihidang!