Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd

Resipi

Ayam Masak Kicap Cap Kipas Udang

BAHAN-BAHAN

  • ½ Ekor Ayam
  • Garam
  • Kunyit
  • 1 Mangkuk Minyak
  • 2 Sudu Besar Cili Kisar
  • 3 Sudu Besar Sos Tomato
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • Kicap Manis
  • Cili Merah
  • Sedikit Air
  • 2 Sudu Besar Air Asam Jawa
  • Bawang Besar, Hiris bulat
  • Bahan tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bwang merah
  • 2 inci halia

CARA PENYEDIAAN

  • Gaul ayam bersama garam dan kunyit
  • Panaskan minyak dan goreng ayamh separuh masak. Angkat dan ketepikan
  • Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk.
  • Kacau sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato dan ayam tadi. Kacau seketika.
  • Masukkan Kicap Lemak Manis Cap Kipas Udang, agak-agak sehingga cukup kuahnya. Kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
  • Tutup dan biarkan ayam masak, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja anggaran bawang sedikit layu dan padamkan api.
  • Angkat dan hidang bersama taburan cili dan daun bawang.