Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan siakap bersaiz sederhana yang mudah digoreng bersama tepung jagung, sedikit garam dan kunyit
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 3 biji bawang merah kecil – dihiris bulat dan nipis
- 3 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar Kicap Cair Cap Kipas Udang
- 1 sudu besar sos tiram
- ½ sudu minyak bijan
- 4 sudu besar minyak masak untuk menumis
- Daun sup, daun bawang & bawang goreng sebagai hiasan.
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak masak dengan api sederhana
- Tumis bawang putih, bawang merah, bawamg besar sehingga perang kekuningan.
- Masukkan kicap pekat, sos tiram, Kicap Cair Cap Kipas udang kemudian kacau sehingga kicap dan minyak nampak terasing
- Masukkan minyak bijan. Kacau sebati
- Tuang di atas ikan goreng tadi dan tabur dengan daun sup & daun bawang
- Sedia untuk dihidang!