Kukus ikan yu/pari terlebih dahulu hingga isinya masak dan lembut
Toskan. Sejukkan seketika barulah dileraikan isinya.Buang kulit dan tulang.
Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan bahan tumis.Setelah kekuningan barulah masukkan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan air.
Setelah pecah minyak masukkan isi ikan yu/pari yang telah dileraikan tadi.
Perasakan dengan Sos cili dan Kicap manis CAP KIPAS UDANG serta air asam jawa. Masukkan sekali daun kunyit yang disimpul. Masukkan juga sedikit cili padi bagi yang meminati masakan pedas.
Masak sehingga tergaul sebati dan agak kering. Angkat. Sedia dihidang.