Nasi "rice cooker" Cap Kipas Udang

Bahan –bahan asas

  • ½ ekor            Ayam (dipotong keping)
  • 3 Cawan         Beras
  • 3 Cawan         Air
  • 1 biji               Cendawan dihiris
  • 150g               Lobak merah (Dihiris)
  • 1 helai            Daun bawang (dipotong halus)
  • 1 hiris             Ikan masin tenggiri

Perasa : 3 camca besar kicap manis CAP KIPAS UDANG dan ½ camca garam

Bahan-bahan coleslaw

  • 1 cawan Kobis  - diparut
  • 1 cawan lobak merah - diparut
  • 2 Sudu Susu segar
  • 2 sudu Sos Cili CAP KIPAS UDANG
  • 1 cawan Mayonis
     

Penyediaan(Coleslaw)

  1. Campurkan semua bahan di dalam satu mangkuk.
  2. Gaulkan sehingga sebati, rasa dan tambahkan bahan jika perlu.
  3. Simpan sejuk dan hidangkan bila perlu.

 

Cara Penyediaan

1. Bersihkan ayam dan dipotong kecil. Perasakan dengan garam.

2. Bersihkan cendawan dan rendam dalam air panas sehingga kembang, Hiriskan lobak merah.

3. Bersihkan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik dan tambah air. Masukkan kepingan ayam, cendawan , lobak merah dan masak seperti biasa. Bila nasi sudah masak, biarkan ia didalam periuk bertutup untuk seketika.

4. Buka penutup periuk dan masukkan kicap manis Cap Kipas Udang. Gaul dengan rata. Taburkan sedikit daun bawang dan coleslaw apabila dihidangkan.

User Rating: 
5
Average: 5 (1 vote)