Laksa Sarawak Cap Kipas Udang

BAHAN-BAHAN (6 ORANG)

  • 400 gram pes laksa Sarawak (2 bungkus)
  • 1 bungkus bihun
  • 250gram udang basah
  • 2 ketul dada ayam
  • 250ml santan pekat
  • 4 biji telur ayam
  • ½  kiub pati ayam
  • 150mL Kicap Manis CAP KIPAS UDANG
  • 80mL  Kicap Masin CAP KIPAS UDANG
  • 80g Sos Cili CAP KIPAS UDANG

BAHAN TAMBAHAN

  • 200 gram tauge
  • Sedikit Daun ketumbar @ daun pudina
  • Sedikit Limau kasturi @ lemon
  • Daun bawang sebagai hiasan

CARA-CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
  2. Dalam air rebusan yang sama masukkan udang. Jangan biar terlalu lama. Angkat & toskan.
  3. Air rebusan jangan dibuang,terus masukkan pes laksa Sarawak ke dalamnya.
  4. Tunggu sehingga sebatian mendidih, masukkan santan pekat.
  5. Masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, Kicap manis, Kicap Masin dan Sos Cili CAP KIPAS UDANG. Biar mendidih seketika.
  6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
  7. Goreng telur dadar atau rebus telur sebagai bahan tambahan. Kemudian gulung dan hiris nipis telur dadar yang digoreng tadi.

CARA-CARA MENGHIDANG LAKSA SARAWAK

  1. Ambil sedikit bihun. Letak tauge, ayam yang telah dicarik bersama telur dadar yang telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina. Sendukkan kuah laksa Sarawak yang masih panas. Perah limau/lemon. Sediakan untuk dimakan ketika panas.
  2. Cadangan hidangan: Masukkan bersama Sos cili dan Kicap manis CAP KIPAS UDANG bagi menambahkan selera makan
  3. Anggaran penyediaan untuk menghasilkan laksa Sarawak adalah 40-45 minit. Selamat mencuba.
User Rating: 
5
Average: 5 (1 vote)