Ketam bersama su’un Cap Kipas Udang

Bahan-bahan asas

  • 1 ekor ketam
  • Tepung jagung
  • 200g su’un - direndam
  • 1sudu besar bawang putih-dicincang
  • ½ sudu besar taucu
Bahan –bahan untuk kuah
  • 1 sudu besar Kicap Lemak Masin CAP KIPAS UDANG
  • 1  sudu besar Kicap Lemak Manis CAP KIPAS UDANG
  • ½ sudu besar gula
  • ½ sudu kecil MSG
  • ½ sudu kecil garam
  • Lada hitam - sesedap rasa
  • 400mL air

Cara-cara Penyediaan

  1. Bersihkan ketam dan salut dengan tepung jagung, panaskan minyak dan gorengkan ketam sehingga masak. Letak ditepi sebentar.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak, masukkan bawang putih, taucu dan cili merah.
  3. Masukkan ketam tadi dan bahan-bahan kuah diatas semasa api sederhana selama 5 minit dan masukkan su’un.
  4. Kacau sehingga su’un lembut dan hidangkan. 
User Rating: 
5
Average: 5 (1 vote)