Kek keju berkerak Cap Kipas Udang

Bahan kerak

  • 150g biskut marie-dihancurkan
  • 30g kicap manis cap kipas udang
  • 30 g mentega cair

Bahan kek

  • 400g krim keju
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 sudu hirisan kulit lemon 
  • 1 sudu jus lemon 
  • 1 sudu esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • ¼ cawan susu

Bahan hiasan

  • Lidi satay
  • Sedikit kicap lemak manis CAP KIPAS UDANG

Cara-cara Penyediaan

  1. Untuk penyediaan kerak, satukan biskut yang telah dihancurkan bersama-sama dengan Kicap manis Cap kipas Udang dan mentega cair. 
  2. Setelah semuanya sebati, tekankan kerak tadi setebal 2 inci didalam acuan 8 atau 9 inci.
  3. Masukkan kedalam peti sejuk
  4. Untuk kek, satukan krim keju ,gula, hirisan kulit lemon, jus lemon dan vanilla . Pukul hingga kembang.
  5. Setelah itu,masukkan telur dan kuning telur.
  6. Pukul pada kelajuan perlahan sehingga ia sebati
  7. Masukkan susu
  8. Tuangkan adunan tadi keatas kerak yang telah disejukkan. Hentak perlahan agar tiada gelembung udara didalam kek.
  9. Ambil lidi satay dan gariskan kicap diatas adunan kek
  10. Bakar adunan tadi pada suhu 375°C selama 45-50 minit atau sehingga bahagian tengah sudah tidak bergerak apabila digoyangkan.
  11. Sejukan diatas jaring pembakar selama 15 minit
  12. Setelah sejuk, ke;luarkan dari acuan dan biarkan seketika
  13. Masukkan ke dalam peti sejuk sekuirang-kurangnya 4 jam
  14. Sedia untuk dihidang
User Rating: 
5
Average: 5 (1 vote)