Produk
Tarikh Luput
Amaran
 

Sos Cili Cap Kipas Udang adalah hasil dari resepi tradisional yang dapat membangkitkan deria rasa semasa menjamu selera.

Hanya menggunakan bahan mentah yang berkualiti tinggi dan melalui proses pembuatan yang bersih.

Sesuai disajikan sebagai bahan pencicah dan bahan masakan untuk menyeimbangkan rasa pedas dan manis yang sesuai untuk hampir semua jenis makanan.

Ianya boleh memberikan tambahan serat, vitamin A , mineral dan bebas daripada kolesterol dan lemak tepu.

Isipadu Produk : 340g | 2.3kg

Tarikh Luput
Amaran
 

Sos Tomato Cap Kipas Udang dihasilkan selepas pemilihan bahan mentah yang teliti bagi menjamin kualiti sos yang terhasil adalah bermutu tinggi.

Ianya sesuai untuk pengguna yang inginkan nikmat rasa manis dan masam tomato di dalam satu botol.

Molek digunakan sebagai bahan perapan, pencicah dan masakan bagi makanan seperti ayam , daging , kentang goreng, hiasan salad dan lain-lain.

Ianya boleh memberikan tambahan serat, vitamin A , mineral dan bebas daripada kolesterol dan lemak tepu.

Isipadu Produk : 340g | 2.3kg

Tarikh Luput
Tarikh Luput
 

Kicap soya lemak manis Cap Kipas Udang sudah terkenal di pelusuk Malaysia sebagai peneman setia makanan dan masakan melayu serta barat.

Rasa lemak manis dan keenakan ekstrak kacang soya asli begitu terserlah ditambah pula dengan kehebatan kualiti dan rasa semulajadi kicap.

Ia juga baik untuk menambah sumber protein, serat, vitamin dan mineral untuk tubuh kita serta bebas dari kolesterol

Rasanya terserlah apabila ditambah pula dengan kehebatan kualiti dan rasa semulajadi kicap. Cubalah hari ini.

Isipadu Produk : 345ml | 645ml | 1.9L

Tarikh Luput
Tarikh Luput
 

Kicap soya lemak masin Cap Kipas Udang memberikan keenakan rasa lemak masin yang diperoleh dari ekstrak peraman air kacang soya asli, hasil proses fermentasi yang sangat unik.

Selain boleh digunakan untuk masakan ianya enak digunakan sebagai pencicah makanan dan menjadi peneman setia di dapur anda.

Ia juga baik untuk menambah sumber protein, serat, vitamin dan mineral untuk tubuh kita serta bebas dari kolesterol.

Rasanya terserlah apabila ditambah pula dengan kehebatan kualiti dan rasa semulajadi kicap. Cubalah hari ini.

Isipadu Produk : 345ml | 645ml | 1.9L

Tarikh Luput
Amaran
 

Srikaya Cap Kipas Udang dihasilkan daripada bahan mentah yang segar dan berkualiti tinggi. Kombinasi rasa lemak dan manis srikaya mampu membuka selera pengguna.

Dihasilkan daripada resipi tradisional turun - temurun yang mampu meningkatkan selera kanak-kanak dan remaja.

Mempunyai tekstur halus dan sesuai untuk dicampurkan dalam pelbagai jenis juadah dan kuih muih.

Sangat enak untuk dimakan bersama roti, biskut dan keju.

Mempunyai kandungan protein yang sesuai untuk tumbesaran.

Isipadu Produk : 240g | 420g

Tarikh Luput
Tarikh Luput
 

Kicap soya lemak manis Cap Kipas Udang sudah terkenal di pelusuk Malaysia sebagai peneman setia makanan dan masakan melayu serta barat.

Rasa lemak manis dan keenakan ekstrak kacang soya asli begitu terserlah ditambah pula dengan kehebatan kualiti dan rasa semulajadi kicap.

Kicap soya manis Cap Kipas Udang dengan penambahan isipadu sesuai untuk restoran dan penyedia makanan serta pengguna yang gemarkan rasa manis dan keenakan ekstrak kacang soya asli. Cubalah hari ini.

Ia juga baik untuk menambah sumber protein, serat, vitamin dan mineral untuk tubuh kita serta bebas dari kolesterol

Isipadu Produk : 345ml | 645ml | 1.9L

Tarikh Luput
 

Sos Tomato Cap Kipas Udang dengan penambahan berat bersih sesuai untuk restoran dan pengguna yang inginkan rasa manis dan masam yang unik.

Sesuai juga untuk kanak-kanak kerana rasa manis dan masam tomato sesuai digunakan sebagai sos pencicah dan didalam pelbagai masakan.

Ianya boleh memberikan tambahan serat, vitamin A , mineral dan bebas daripada kolesterol dan lemak tepu.

Berat Bersih : 2.3kg

Tarikh Luput
 

Sos Cili Cap Kipas Udang dengan penambahan isipadu sesuai untuk restoran dan penyedia makanan serta pengguna yang inginkan rasa pedas sesuai untuk masakan tradisional dan barat.

Ia juga menggunakan bahan mentah yang berkualiti tinggi dan sesuai disajikan sebagai bahan pencicah untuk hampir semua produk bergoreng serta pelbagai masakan.

Ianya boleh memberikan tambahan serat, vitamin A , mineral dan bebas daripada kolesterol dan lemak tepu.

Berat Bersih : 2.3kg