Pihak ZARA foodstuff industries amat mementingkan aspek kualiti dan Halal dimana syarikat kami melaksanakan Pengurusan Sistem Kualiti MS ISO 9001:2008 dan Sistem Pengurusan Halal MS 1500:2009. Produk hanya diluluskan untuk dipasarkan selepas menepati semua kriteria dan mematuhi Sistem diatas.
Kami mempunyai beberapa tenaga Profesional dan berpengalaman dalam penentuan Kualiti dan Teknologi Makanan untuk mengeluarkan produk yang terbaik,halal, bersih dan berkualiti tinggi.
Fungi ZARA N type 1, adalah penting dalam aktiviti fermentasi kacang soya. Mikrooganisma ini dihasilkan secara saintifik di makmal penyelidikan kami.
Penggunaan botol kaca yang baru serta dicuci dengan menggunakan air panas. Ini memastikan dan menjamin tahap kebersihan bahan pembungkusan produk adalah tinggi.
Dipilih daripada pengeluar gula terbaik di Malaysia dengan kawalan kualiti yang ketat oleh Bahagian Penentuan Kualiti.
Dipilih dari pengeluar karamel terbaik di Malaysia yang di pek dengan plastic LDPE dan tong HDPE bagi mengekalkan tahap kebersihan dan kesegaran serta mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM.
Garam asli yang diimport dari Australia untuk memberi kepuasan rasa yang unik kepada Kicap Cap kipas Udang.
Kacang soya bermutu tinggi, tinggi protein dan diimport dari Kanada yang menyumbang kandungan protein yang tinggi dan kepuasan rasa yang optimum kepada produk Kicap Cap kipas Udang.
Pemenang anugerah "Best Buy Award" 2015/2016 bagi produk kicap soya dari ICERTIAS(International Certification Association)
Muat TurunProduk Cap Kipas Udang telah mendapat Sijil Penjualan Bebas untuk pengedaran di Brunei, Singapura, United Kingdom dan Kanada.
Muat TurunPenganugerahan oleh Negeri Johor bagi Keberkesanan Pelaksanaan Kualiti.
Muat Turun