Hubungi Kami
Hubungi Kami

 

No 73, Jalan Langkasuka Kawasan Perindustrian Larkin,
80350 Johor Bahru,Johor Darul Takzim
Zara: 07-2364404
ZFI Marketing: 07-2352600
Zara: 07-2378400
ZFI Marketing: 07-2324468

 

 

Soalan Lazim
  • Syarikat kami mementingkan aspek kualiti bagi setiap produk yang dihasilkan. Justeru itu kami mempunyai makmal analisa serta Profesional teknologi makanan yang berupaya menganalisis sampel bagi memastikan kualiti produk kami terjamin.
  • Pihak kami amat mementingkan kesihatan pengguna kami, disebabkan itu pengunaan bahan kimia dan bahan pengawet adalah rendah disamping menepati spesifikasi negara luar setiap kali produk kami dieksport ke luar negara
  • Produk kami juga dianugerahkan MS ISO 9001:2008 Sistem Kualiti Pengurusan, sijil Halal, sijil MESTI dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan Malaysia 1985.
  • Produk yang berkualiti terhasil dari bahan mentah yang berkualiti. Oleh itu, kami memilih dan mengimpot bahan mentah terbaik dari luar dan dalam negara. Ini termasuklah kacang soya berkualiti tinggi kami yang diimport dari Kanada.
  • Ini adalah hasil daripada “browning effect” yang terjadi disebabkan oleh tindak balas asid amino(protin) ,gula dan karamel. 
  • Selain itu penambahan karamel juga menyumbang kepada warna gelap kicap soya selain memberi kepekatan yang diperlukan.
  • Kualiti kicap soya ditentukan oleh peratusan protin atau kandungan keseluruhan Nitrogen. Minimum kandungan peratusan Nitrogen adalah 0.6% atau protin (0.6 x 6.25 =3.75%). Pihak kami sentiasa memperoleh keputusan melebihi kadar minimum yang ditetapkan oleh Peraturan Makanan Malaysia 1985.
  • Ya, pengawet makanan dimasukkan untuk mencegah pencemaran mikroorganisma selepas botol kicap soya dibuka. Walaubagaimanpun, jumlah pengawet ditambah adalah rendah daripada paras dibenarkan dan kami sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kami hanya menggunakan separuh sahaja dari jumlah pengawet yang dibenarkan oleh Akta Makanan Malaysia
  • Ini kerana bahan pengawet mampu memberi kesan sampingan kepada pengguna kami terutamanya kanak-kanak. Kicap semulajadi kami berbeza dengan jenama lain yang lebih mementingkan pengunaan bahan pengawet bagi menguatkan produk mereka secara kimia  
  • Pengguna dinasihati menyimpan kicap soya ke dalam peti sejuk selepas dibuka untuk mengelakkan kicap dicemari oleh mikrooganisma dan serangga.
  • Lapisan putih itu sebenarnya adalah kristal asid amino yang terhasil dari protin kacang soya. Walaupun begitu,kicap itu masih boleh dimakan dan kes begini berlaku disebabkan berlaku penapaian selepas botol kicap dibuka oleh pengguna
  • Oleh itu, kami sarankan simpan kicap didalam peti ais bagi mengelakkan kes ini. Kicap lebih segar dan selamat kerana bahan pengawet kami adalah rendah. Kesihatan pengguna kami adalah amat penting
  • Bagi kicap lemak manis dan masin yang isipadunya 345mL dan 645mL tempoh penggunaan boleh menjangkau selama 3 tahun jika tidak dibuka. Jika kicap lemak manis telah dibuka dan diletakkan di suhu dingin ianya boleh bertahan sehingga 30 hingga 60 hari dari tarikh dibuka. 
  • Produk kicap lemak manis dalam botol plastik berisipadu 1.9L boleh bertahan sehingga 1.5 tahun jika tidak dibuka dan 30-60 hari selepas dibuka pada suhu dingin.
  • Produk kicap adalah hasil daripada proses fermentasi yang unik dan tersendiri. Gas yang terkandung dalam kicap adalah gas karbon dioksida, iaitu produk sampingan dari proses fermentasi. 
  • Kadangkala kandungan gas yang agak tinggi terhasil dan ini sebenarnya bagus kerana dapat membantu kicap anda tahan lebih lama kerana ianya akan bertindak sebagai bahan pengawet semulajadi.
  • Pihak kami amat menyarankan agar kicap disimpan didalam peti sejuk (Seperti tertera dilabel) selepas dibuka untuk mengelakkan berlakunya fermentasi kali kedua
  • Kicap adalah produk semulajadi dimana pihak kami hanya menggunakan sedikit bahan pengawet kerana bahan pengawet tidak elok untuk pengguna kami terutamanya kanak-kanak.Justeru penyimpanan didalam kicap adalah terbaik agar produk sentiasa segar dan dalam keadaan terbaik
  • Untuk menghilangkan gas ini, pengguna boleh memanaskan kicap pada suhu 60°C selama 5-10 minit ataupun menyimpan dalam peti sejuk.
  • Pengguna boleh mengetahui tarikh luput produk dari bahagian label . Contoh maklumat :-
    EXP 03/11/19 09:32
     
    03 = Hari
    11 = Bulan
    19 = Tahun
    09:32 = Masa pembuatan
  • Ini bermakna tarikh luput kicap adalah pada 03.11.2019