Mengapakah kadangkala kicap kelihatan berbuih halus dan bergas?
  • Produk kicap adalah hasil daripada proses fermentasi yang unik dan tersendiri. Gas yang terkandung dalam kicap adalah gas karbon dioksida, iaitu produk sampingan dari proses fermentasi. 
  • Kadangkala kandungan gas yang agak tinggi terhasil dan ini sebenarnya bagus kerana dapat membantu kicap anda tahan lebih lama kerana ianya akan bertindak sebagai bahan pengawet semulajadi.
  • Pihak kami amat menyarankan agar kicap disimpan didalam peti sejuk (Seperti tertera dilabel) selepas dibuka untuk mengelakkan berlakunya fermentasi kali kedua
  • Kicap adalah produk semulajadi dimana pihak kami hanya menggunakan sedikit bahan pengawet kerana bahan pengawet tidak elok untuk pengguna kami terutamanya kanak-kanak.Justeru penyimpanan didalam kicap adalah terbaik agar produk sentiasa segar dan dalam keadaan terbaik
  • Untuk menghilangkan gas ini, pengguna boleh memanaskan kicap pada suhu 60°C selama 5-10 minit ataupun menyimpan dalam peti sejuk.